Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Panik Dengar Bunyi Tembakan – Ocpd Semporna

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SEMPORNA : Orang ramai di daerah Semporna dinasihatkan agar tidak panik jika terdengar bunyi tembakan ekoran latihan menembak polis yang akan dijalankan di Pulau Batik di sini, selama tiga hari mulai 10 Mei.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas dalam kenyataan media berkata latihan menembak di kawasan itu akan dijalankan untuk senjata jenis Colt APC/ M203 dan FN SCAR-H 7.62 MM oleh Skuadron Alpha 69 Komando.

Katanya, latihan yang bakal dijalani termasuk tembakan menggunakan senjata COLT APC/M203 dari bot ke darat dan tembak senjata FN SCAR-H 7.62 ke darat serta tembak ‘very light pistol’ ke udara.

Beliau berkata latihan itu akan dijalankan pada waktu siang dan malam, sehubungan itu orang awam dilarang menghampiri kawasan pulau berkenaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan