Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan pandang rendah sekolah luar bandar

TAWAU – Kerjasama semua guru dan kesungguhan pelajar menjadi faktor utama penyumbang kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merotai Besar, Tawau dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumum pada Isnin.

Sekolah luar bandar berkenaan menduduki tempat kedua sekolah terbaik di negeri ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.93.

Penolong Kanan PRA-U sekolah berkenaan, Suriana Muhamad Ramli ketika ditemui berkata, kesemua guru bekerja dalam satu pasukan manakala pelajar pula begitu bersemangat untuk mencapai kejayaan.

“Jangan pandang rendah pada kebolehan pelajar sekolah luar bandar, semangat mereka untuk mencapai kejayaan sama sahaja seperti pelajar di bandar malah mungkin lebih tinggi lagi,” katanya.

Suriana berata, kesungguhan pelajar dan juga kerjasama semua guru yang terlibat banyak membantu pencapaian sekolah itu dalam STPM ke tahap yang lebih baik.

“Sistem modular STPM ini adalah kali kedua pada tahun ini dan kita telah mencapai keputusan 100 peratus lulus sejak tahun lepas dan pada tahun ini kita mencapai keputusan yang lebih baik,’’ katanya.

Ditanya mengenai perancangan dan sasaran bagi STPM tahun ini, Suriana berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk terus meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih baik.

“Kami sudah mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan berharap ia akan terus dikekalkan dan juga peningkatan terus dapat dicatatkan kerana pada tahun 2013 kita capai GPS 2.67 dan tahun 2014 mencapai 2.93.

“Tahun ini pula kita mensasarkan untuk mencapai GPS 3.02 dan ianya memang memerlukan kerja kuat yang lebih untuk membantu para pelajar meningkatkan keputusan yang memberansangkan,’’katanya lagi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan