Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan pandang mudah penubuhan parti baru-Khairy

5:47pm 25/09/2016 Leolerry Lajius 262 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Politik,Tempatan

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin, menyifatkan penubuhan parti baru tidak harus dipandang mudah tetapi harus dipandang serius oleh komponen parti dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, apa sahaja parti baru yang ditubuhkan untuk menentang BN perlu dipandang serius dan melipatgandakan usaha agar sokongan terhadap BN terus kukuh.

“Kita ada tugas yang besar kerana penubuhan parti baru ini tidak boleh diambil mudah.”

“Saya berharap agar golongan muda di Sabah terus rasional dengan melihat kepada kesatabilan politik yang telah dibawa oleh BN apabila UMNO bertapak di negeri ini,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Penyerahan Peruntukan Hari Sukan Negara, di Dewan Masyarakat Manggatal, hari ini.

Beliau turut menyeru agar orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan daripada parti baru ini yang bertujuan untuk menjatuhkan BN.

“Parti baru ini sudah pasti akan membuat kenyataan yang cuba menarik minat golongan muda di negeri ini dan mungkin akan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menarik minat anak-anak muda di sini.”

“Perkara ini juga harus dipandang serius kerana kita tidak mahu keadaan politik di negeri ini kembali di zaman ketidaktentuan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah. 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan