Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan paksa anak menceburi bidang yang mereka tidak minati- Jainab

11:03pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 42 views Pendidikan,Tempatan
Jainab mengambil gambar bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (Tengah) mengambil gambar bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Ibu bapa diseru agar tidak memaksa anak-anak mereka bagi menceburi bidang yang mereka tidak minati.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid, terdapat sebilangan  ibu bapa yang mahu anaknya cemerlang tetapi tidak memainkan peranan untuk mencapai hasrat tersebut malah kadangkala tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.

“Kita harus mengubah mentaliti kita mengenai persepsi jika  mahukan pekerjaan pastikan bekerja dengan kerajaan, sehingga terdapat sebilangan ibu bapa yang memaksa anaknya mengambil ijazah dalam bidang yang tidak diminati,” katanya ketika ditemui media sempena program kembali ke sekolah yang diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Darau Manggatal pagi tadi.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata bahawa program tanggungjawab sosial sedemikian merupakan satu langkah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Dengan adanya bantuan tersebut saya berharap agar para pelajar akan terdorong untuk meneruskan pembelajaran dan saya juga ingin menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan gejala sosial,”katanya.

Seramai 100 orang pelajar yang kurang berkemampuan telah diberikan bantuan berupa beg, alat tulis dan juga wang RM50.00 setiap seorang melalui  program tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh anak syarikat dibawah MARA iaitu Rural Capital Sdn Bhd dengan  kerjasama Yayasan Pelajaran MARA .-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab memberikan beg kepada salah seorang pelajar yang diiringi ibunya.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab memberikan beg kepada salah seorang pelajar yang diiringi ibunya.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan