Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan musnahkan keharmonian dengan sikap prejudis

11:27pm 15/07/2016 Leolerry Lajius 94 views Tempatan
Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang wakil KRT.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang wakil KRT.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Kepelbagaian yang wujud di negara ini tidak seharusnya dimusnahkan dengan begitu sahaja melalui sikap prejudis antara kaum dan agama.”

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Bin Haji Ahmad Ayid ketika berucap sempena Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, di sini, hari ini.

“Kepelbagaian kaum, etnik dan agama di negara ini seharusnya diraikan dan dinikmati dalam suasana harmoni kerana ia merupakan keunikan yang tidak ada pada negara-negara lain, “katanya.

Jainab turut menyeru agar Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang sedia ada di negeri ini dapat bergerak dengan lebih aktif.

“Setakat ini KRT di negeri ini telah mencecah sebanyak 970 buah dan SRS sebanyak 298 sekaligus meletakkan negeri ini sebagai negeri yang mempunyai jumlah KRT yang tertinggi di mana hanya 30 buah KRT sahaja lagi untuk mencecah 1000 buah. ”

“Saya menyeru agar SRS digerakkan dengan lebih aktif dan konsisten dengan menjalin kerjasama bersama pasukan keselamatan bagi memastikan tahap keselamatan terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi, “katanya.
Sempena majlis berkenaan sebanyak enam buah KRT juga diberi sijil penghargaan atas usaha mereka untuk mengaktifkan semula KRT di kawasan masing-masing.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab bersalaman dengan tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.-Oleh Alex Mairin

Jainab bersalaman dengan tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.-Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan