Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Jangan mudah terpengaruh dakyah pembangkang”- Hamisa

TAWAU: Para pengundi diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan seruan supaya mengubah kerajaan sedia ada kerana ia semata-mata dakyah parti pembangkang.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samad berkata, seruan itu tidak lain hanya bermotifkan mahu merebut kuasa ketika pilihan raya dan bukannya bermatlamat membela masa depan dan nasib rakyat.

“Seruan supaya mengubah kerajaan adalah satu dakyah dan pembohongan parti dan calon pembangkang semata-mata mahu meraih undi dan memenangi pilihan raya.

“Kita berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pujuk rayu seperti itu sebaliknya membuat keputusan tepat memilih calon BN yang terbukti telah bekerja keras bagi meningkatkan kemudahan dan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ziarah Kasih di Kampung sungai Udin Kalabakan di sini semalam.

Menurut Hamisa, kerajaan BN mengakui mempunyai kelemahan dalam menguruskan permasalahan rakyat tetapi pada masa sama sentiasa berusaha mengatasi setiap kelemahan yang ada dengan pelbagai inisiatif.

“Sebab itu adalah penting kita mengekalkan kerajaan sedia ada yang terbukti telah berjaya membantu setiap rakyat sejak lahir sehingga masuk ke alam tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan ke institut pengajian tinggi atau pusat kemahiran.

“Malah selepas itu kerajaan terus membantu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan serta kemudahan-kemudahan asas termasuk perumahan rakyat,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, apa yang penting hari ini ialah rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk terus bekerja mengubah nasib dan kehidupan terutama dalam cabaran masa depan.

Katanya, pelaksanaan perancangan pembangunan boleh terbantut jika pengundi memilih parti pembangkang kerana mereka ini bukan sahaja tidak mempunyai perancangan sebaik pemimpin BN tetapi juga lebih mementingkan kuasa daripada bekerja untuk rakyat.

“Oleh itu, tidak ada apa yang perlu para pengundi ubah pada pilihan raya kali ini kecuali kita mengubah cara pemikiran dan sikap kita dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah parti pembangkang,” tambah beliau.

Terdahulu Calon BN Dun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat turut melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Umas dan Jalinan Rakyat (JR) mengenai pengundi kawasan tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Haji Lokman dan ahli jawatankuasanya kerana telah bekerja keras untuk memastikan dapat mengesan pengundi luar kawasan dan pengundi di Felda Umas./SayangSabah

Hamisa beramah mesra dengan penduduk Program Ziarah Kasih di Kampung Sungai Udin, Kalabakan semalam.

Komen


Berita Berkaitan