Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan mimpi!

falcao vs persie

England, Manchester: Radamel Falcao tidak diberi sebarang jaminan untuk beraksi di dalam

kesebelasan utama di Manchester United, jelas penyerang Robin van Persie.

Pemain antarabangsa Colombia berusia 28 tahun itu menyertai United secara pinjaman pada hari

terakhir pasaran perpindahan pemain, Isnin lalu.

“Saya mengalu-alukan kedatangannya, dia mampu menjadikan kami lebih baik.

“Bermain di kelab terbaik dunia menyebabkan anda perlu memberikan yang terbaik, sama seperti

pendekatan yang saya amalkan. Falcao perlu bersaing untuk mendapat tempat, begitu juga saya,”

kata van Persie.

Falcao menjaringkan 11 gol dalam 20 penampilan di Liga Perancis dengan pasukan Monaco

musim lepas, sebelum mengalami kecederaan lutut Januari lalu sekali gus terlepas aksi Piala

Dunia 2014 Brazil.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa dia di bawa masuk untuk menggantikan van Persie, 31,

yang dikatakan mahu menjalani pembedahan lutut.

“Saya sangat kagum melihat peminat mempunyai imaginasi seperti itu.

“Saya tidak tahu daripada mana perkara itu tercetus dan bersumpah tidak akan ke hospital untuk

menjalani pembedahan,” kata pemain antarabangsa Belanda itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan