Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan melakukan pembakaran terbuka

Kawasan kebakaran
Kawasan kebakaran

KENINGAU : Orang ramai di daerah ini dinasihatkan agar jangan melakukan pembakaran terbuka dan membuang puntung rokok di merata-rata tempat terutama di kawasan yang kering kerana dikhuatiri mencetuskan kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau Mudi Pangiran  berkata, orang ramai terutama bagi mereka merokok perlu berhati-hati apabila membuang puntungan rokok bagi mengelakkan kebakaran pada musim kemarau ini.

Katanya, sikap segelintir penduduk yang membuang puntungan rokok dengan sewenang-wenangnya boleh menyumbang kepada kebakaran lalang atau hutan pada musim kemarau yang boleh mengakibatkan kebakaran kebun dan kemusnahan harta benda.

“Bagi mereka yang membakar tebasan atau aktiviti perladangan pastikan persekitaran selamat dari api merebak di kawasan berdekatan” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Mudi berkata, pada musim kemarau ini  terdapat beberapa kawasan lalang dan belukar malah membabitkan ladang sawit dan getah penduduk di kawasan Sook dan sekitarnya sudah terbakar.

Katanya, jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh menyebabkan jerebu yang bolah menjejaskan kesihatan penduduk.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan