Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Jangan masuk campur’

10:38am 06/09/2016 Pak Roshan 75 views Global
SEORANG bapa menangis melihat mayat anaknya yang mati ditembak polis kerana disyaki penagih dadah di Manila. - AFP

SEORANG bapa menangis melihat mayat anaknya yang mati ditembak polis kerana disyaki penagih dadah di Manila. – AFP

Manila: Presiden Rodrigo Duterte memaki hamun Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan memberi amaran supaya pemimpin itu tidak menegurnya mengenai hak asasi manusia ketika berjumpa dalam persidangan di Laos kelak.

Duterte yang terkenal bermulut lancang berang apabila dibayangi kemungkinan disoal Obama mengenai caranya mengendali penjenayah dadah di Filipina yang meragut 2,400 nyawa dalam tempoh cuma dua bulan.

“Kamu mesti bersikap hormat. Jangan sesuka hati mencampakkan soalan dan kenyataan. Anak haram, saya akan maki kamu dalam forum itu,” katanya.

Duterte dijadualkan menghadiri pertemuan dua hala sampingan dengan Obama hari ini pada persidangan ASEAN di Vientiane.

Bagaimanapun, susulan reaksi Duterte itu, Obama sendiri mempertikai sama ada perjumpaan itu akan diteruskan.

“Pada saya tujuan mengadakan pertemuan adalah untuk mencapai sesuatu yang produktif,” katanya ketika menghadiri persidangan G20 di Hangzhou, China.

Obama berkata, Washington memahami dadah masalah besar di Filipina, tetapi menyuarakan kebimbangan terhadap cara ia ditangani Manila.

Duterte kerap menyuarakan kemarahan dengan kritikan tindakan tegasnya terhadap dadah oleh gereja Katolik, kumpulan hak asasi manusia, ahli Parlimen malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, ketua polisnya Ronald De la Rosa semalam memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak membunuh sesiapa saja termasuk ahli politik kaya dan berpengaruh dalam perang terhadap dadah itu.

“Jika mereka melawan, mereka akan mati. Percayalah, kami tidak membeza-bezakan suspek,” katanya. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan