Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan marah kalau anak berbahasa Inggeris di rumah

5:30pm 20/11/2015 Ann Vivien 27 views Pendidikan,Tempatan
Datuk Pang Nyuk Ming

Datuk Pang Nyuk Ming

TAWAU: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming meminta ibu bapa atau penjaga murid Bumiputera di kawasan luar bandar supaya jangan marah jika anak-anaknya berbahasa Inggeris di rumah.

Katanya, mereka tidak harus cepat melatah dengan menghukum anak-anak sebagai kurang ajar semata-mata kerana bertutur dan berkomunikasi di dalam bahasa yang mereka (ibu bapa) tidak faham.

“Minat anak-anak terhadap bahasa Inggeris akan hilang sekiranya dimarahi, disergah atau diolok kerana kurang mahir… Oleh itu, berilah dorongan dan bukannya disambut dengan rasa kurang senang,” katanya.

Pang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut di beberapa buah sekolah rendah di kawasannya.

Nasihat itu, katanya, diberikan setelah beliau meneliti keputusan pelajar Bumiputera dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di kawasannya, yang perlu dipertingkatkan dengan peranan semua pihak.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan