Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan maafkan Nurul Izzah

4:45pm 25/11/2015 Leolerry Lajius 112 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah tidak dapat memaafkan perbuatan Naib President PKR Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan Jacel Kiram dan memuat naik empat keping gambar mereka dalam akaun Facebook beliau baru baru ini.

Demikian ungkapan yang disuarakan oleh Suraya Sarikaw, 24 tahun salah seorang dari kira-kira 100 orang individu yang membuat demonstrasi di luar pintu masuk Dewan Undangan Negeri Sabah pagi tadi bagi mengutuk perbuatan Nurul Izzah itu.

“Perbuatan Nurul Izzah tersebut tidak boleh dimaafkan kerana Jacel merupakan waris kepada dalang pencerobohan Lahad Datu,” katanya.

Seorang lagi yang turut serta dalam demontrasi Suhaimi Wahid, 47 tahun berpendapat bahawa perbuatan Nurul Izzah itu telah mengguris hati rakyat Sabah.

Pertemuan Nurul dan Jacel mendapat kecaman hebat daripada penduduk Sabah berikutan kejadian pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina di Lahad Datu pada februari 2013.

Pencerobohan yang berlaku di Kg Tonduo Lahad Datu  menyebabkan 8 anggota Polis dan 2 Tentera terkorban dalam Operasi  Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Demonstrasi mengutuk perbuatan Nurul Izzah_Gambar Oleh Jimmy Tan

Demonstrasi mengutuk perbuatan Nurul Izzah_Gambar Oleh Jimmy Tan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan