Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan lupa jasa rakyat

pic-75

KOTA BELUD: Pemimpin-pemimpin UMNO komited terhadap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sejajar dengan prinsip parti UMNO sebagai sebuah parti yang mementingkan rakyat di mana setiap pemimpinnya tidak seharusnya ‘gelap mata’ sehingga melupakan rakyat apabila memperoleh kemenangan atau jawatan dalam parti.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk menegaskan bahawa Program Membantu Rakyat (Membara) yang digagaskan oleh pimpinan parti adalah amat baik dan menepati dasar kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Membara ini adalah program turun padang bagi mengenal pasti masalah rakyat, atasinya sebaik mungkin, bantu rakyat yang memerlukan bantuan dan menganjurkan pelbagai berfaedah kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya semasa merasmikan Membara di sini kelmarin.

Program yang dianjurkan bersama oleh Biro Latihan UMNO Bahagian Kota Belud dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) negeri itu turut menampilkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kesihatan daerah, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah, Institut Latihan Perindustrian serta GiatMara Kota Belud.

Musbah bagaimanapun mengingatkan kepada para ahli bahawa pucuk pimpinan bukannya mengetahui segala permasalahan rakyat melainkan terlebih dahulu dimaklumkan oleh mereka termasuk pimpinan peringkat akar umbi.

“Kita mempunyai sistem iaitu akar umbi memaklumkan kepada ketua-ketua cawangan yang membawa kepada peringkat bahagian sebelum dibangkitkan kepada kerajaan negeri atau peringkat tertinggi sekiranya masalah itu masih gagal diselesaikan di peringkat atau tahap tertentu.

“Dalam politik, kekuatan sesebuah kaum tidak akan wujud sekiranya kaum-kaum lain tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada kaum yang menganggapnya gagah perkasa. Dalam Barisan Nasional, semua kaum diberi tempat, langsung tiada diketepikan, ini acuan kita yang berjaya menjadikan negara ini terus maju dan stabil,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan