Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JANGAN LINDUNGI PTI: MUSA

pic-22
LAHAD DATU: Rakyat di negeri ini terutama di Kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dinasihatkan untuk tidak melindungi Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan itu.

“Segera buat laporan kepada pihak keselamatan sekiranya melihat atau mengetahui terdapat PTI di kawasan masing-masing,” katanya ketika melakukan lawatan kerja di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am di Pulau Adal dekat sini pada Khamis.

Sementara itu Musa juga berkata bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Escomm) dijangka akan menerima kesemua 30 buah pelbagai guna yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat menjelang hujung bulan ini.

Dua daripada bot itu sudah diterima dan ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti. Peruntukkan aset ini diharap akan dapat memperketatkan lagi kawalan keselamatan khususnya di pantai timur Sabah.

Komen


Berita Berkaitan