Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan leka, terus mantapkan parti: Rahmahjan

5:07pm 19/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Politik,Tempatan
 Juli (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima Sijil Penghargaan Khas untuk guru, Lian Fee Choo (kiri), Matusin Balang (dua dari kiri) dan Faizal Fazil (kanan) di majlis itu.

Juli (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama penerima Sijil Penghargaan Khas untuk guru, Lian Fee Choo (kiri), Matusin Balang (dua dari kiri) dan Faizal Fazil (kanan) di majlis itu.

TENOM- Ahli Umno khususnya sayap Pergerakan Wanita diingatkan supaya jangan leka dengan pencapaian sekarang sebaliknya terus meningkatkan usaha memantapkan parti membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata persiapan awal harus dibuat untuk memastikan jentera dalam keadaan siap-siaga berhadapan pembangkang.

“PRU ke-13 sudah pun berlalu, PRN Sarawak juga sudah selesai, maka tidak lama lagi PRU-14 akan menjelang tiba, barangkali dalam tempoh dua tahun lagi dari sekarang.

“Ini bermakna sekarang bukan masanya untuk kita leka dibuai angan-angan Mat Jenin, dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai.

“Sebaliknya, kita semua termasuk dalam sayap Wanita Umno, mesti melipatgandakan usaha, memantapkan jentera parti, melebarkan sayap, agar terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Wanita Umno Tenom “Rakyat Di Hatiku” di sini malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tenom, Juli @ Malik Hussin.

Selain itu, beberapa guru cemerlang di daerah itu turut diberikan penghargaan sempena dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan kali ke-45 dan juga penghargaan kepada Ibu Contoh sempena dengan sambutan Hari Ibu.

Rahmahjan berkata usaha Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom tidak pernah berhenti sejak dari dahulu hingga sekarang.

“Kita bersama-sama dengan pimpinan Bahagian ketika senang dan susah, ketika musim kempen ataupun tidak, kerana matlamat dan tujuan kita adalah untuk menjadikan Umno terus unggul dan relevan,” tegasnya.

Menurutnya, kekuatan Wanita Umno Tenom menguatkan parti adalah kerana komitmen serta kualiti ahli-ahlinya yang sentiasa kolektif dalam satu pasukan yang progresif.

“Kita terus mengatur gerak langkah secara konsisten, menerusi pelbagai wadah dan platform, seperti Skuad Sayang dan Jalinan Rakyat, sampai ke kampung jauh terpencil.

“Pendek kata, kita menyediakan jentera Wanita untuk siap-siaga sepanjang masa, supaya kita tidak terperangkap, pada bila-bilapun masa pilihan raya diadakan,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan