Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JANGAN LEKA: JELIUS

KOTA KINABALU: Walaupun Sabah kini berada di zon selesa untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia musim ini, pemain tidak boleh leka dengan kedudukan itu, sebaliknya perlu mengatasi PKNP FC di Stadium Batu Kawan, esok.

Jurulatih bola sepak Sabah, Jelius Ating. Gambar SNT / Ehsan Raymond Henry Gusi

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menegaskan, pertemuan menentang PKNP itu sangat penting buat skuad Badak memperolehi kemenangan dalam perlawanan itu sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah diperingkat saingan Kumpulan D.

“Selepas perlawanan menentang Selangor pada 28 Ogos lalu, kami belum pulang ke Sabah. Lagipun, jarak masa perlawanan dengan PKNP tidak lama, jadi kami memutuskan untuk berada di Shah Alam. Pemain agak keletihan jika berulang alik.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu pemain memberikan pelbagai alasan termasuk bermain santai dalam aksi malam esok kerana Sabah masih memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk ke suku akhir,” katanya kepada Sabah News Today.

Dalam pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 11 Ogos lalu, kemenangan berpihak kepada Sabah 1-0 dan gol tersebut dijaringkan dalam masa kecederaan separuh masa kedua oleh Rahman Shah.

Sabah yang terus mencabar pendahulu kumpulan Pahang, kini berada di tempat kedua dalam saingan Kumpulan D selepas mengutip 10 mata hasil tiga kemenangan dan seri satu perlawanan.

Jelius berkata, kemenangan 2-1 ke atas Selangor menyuntik semangat pemainnya untuk mengekalkan prestasi dan rekod bersih pasukan itu.

Mengenai barisan pemain yang menjadi pilihannya esok, Jelius berkata, dia akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam misi memburu kemenangan ke atas pasukan tuan rumah.

Katanya, penggempur skuad Badak yang diketuai Ricco Nigel Milus, Hector Omar Lebron dan Rodoljub Roki Paunovic pasti berada dalam senarai itu untuk diturunkan menentang PKNP FC. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan