Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Lakukan Pembakaran Terbuka – Musa

bomba

KOTA KINABALU : Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak impak keadaan jerebu serta fenomena El Nino sekarang menjadi bertambah buruk.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebaliknya meminta semua lapisan rakyat bersama-sama dengan agensi kerajaan bagi mengurangkan impak musim panas dan kering yang kini melanda negara.

“Semalam saya telah berjumpa dengan pengarah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta mereka bersama-sama tangani masalah ini.

“Yang penting orang ramai mesti bertanggungjawab. Jangan adakan pembakaran terbuka kerana ini boleh mengundang bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sabah Road Day 2016 di sini hari ini.

Musa berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri bagi mengarahkan semua pegawai daerah selaku pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam di peringkat daerah agar sentiasa memantau dan bertindak menangani sebarang masalah yang timbul berikutan fenomena ini.

Katanya fenomena El Nino adalah di luar kawalan manusia namun masyarakat keseluruhannya perlu sentiasa berjaga-jaga dan berusaha bagaimana untuk menangani masalah yang berlaku.

Mengenai impak jerebu kepada pelajar, Musa berkata agensi kerajaan berkaitan telah mengambil langkah mengarahkan sekolah ditutup apabila keadaan jerebu mencapai tahap tidak sihat bagi menjaga kesihatan pelajar dan rakyat keseluruhannya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan