Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan khianati parti jika tidak dicalonkan-Musa

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman, menyeru mantan calon BN yang tidak dicalonkan semula di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) agar tidak menjadi ibarat ‘gunting dalam lipatan’ dan mengkhianati perjuangan BN untuk terus berbakti kepada rakyat.

Musa berkata, walaupun tidak dicalonkan mantan calon harus sentiasa bersifat terbuka dan terus membantu BN dalam memenangi hati rakyat.

“Kita bersama boleh menang besar, kita akan dapat hadapi masalah dan bersama menyelesaikannnya kalau tidak ada gunting dalam lipatan dan ada musuh dalam selimut.”

“Percayalah ,jangan marah ,jangan sabotaj parti jika tidak dicalonkan kerana ini adalah kerja kuat kita, yang beberapa tahun bukan bulan, bersiap sedia, kerana kemarahan itu boleh merosakkan persiapan yang sudah sekian lama kita lakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pengumuman Calon BN Sabah PRU-14 di Bangunan Umno, hari ini.

Musa juga berharap agar kerjasama yang telah lama terjalin dalam kalangan parti komponen BN akan terus dikekalkan bagi menyemarakkan lagi momintem perjuangan untuk terus berbakti kepada rakyat.

BN Sabah, mengetengahkan 15 muka baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam muka baru di kerusi Parlimen pada PRU-14 ini./SayangSabah

Musa (tengah) bersama calon Barisan Nasional selepas majlis pengumuman calon BN Sabah PRU-14 ,hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan