Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan jual tangki 1Malaysia

 

Daruk Abdul Muis Picho (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama antara penduduk Pulau Sebatik yang menerima bantuan tersebut.
Daruk Abdul Muis Picho (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama antara penduduk Pulau Sebatik yang menerima bantuan tersebut.

TAWAU: Penduduk kawasan Pulau Sebatik yang menerima bantuan tangki air 1Malaysia digesa agar memanfaatkan kemudahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan tidaklah dipersia-siakan, termasuk dengan menjualnya bagi meraih keuntungan segera.

Wakil Rakyat N. 60 Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, bantuan yang diberikan adalah untuk memudahkan mereka menyimpan bekalan air bersih bagi kegunaan dan keperluan semasa musim kemarau.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan tangki 1Malaysia kepada seramai 146 penduduk kawasannya dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Batu-Batu, Sabindo di sini.

Menurut Muis, bantuan yang disampaikan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan luar bandar, termasuklah di Pulau Sebatik.

Beliau, katanya, akan terus menyuarakan setiap permasalahan masyarakat di kawasannnya kepada kerajaan untuk tindakan wajar, sekaligus membela nasib mereka.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan