Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan jual tanah: Nasir

Nasir Sakaran (tiga kiri masa meninjau kawasan kampung sempena majlis Merapat Kasih dan Sambutan Tahun Baru 2015 di Kampung Pangkalangan,Semporna.
Nasir Sakaran (tiga kiri masa meninjau kawasan kampung sempena majlis Merapat Kasih dan Sambutan Tahun Baru 2015 di Kampung Pangkalangan,Semporna.

SEMPORNA – Penduduk kampung yang memiliki tanah diingatkan supaya tidak menjualnya untuk mendapat keuntungan segera, sebaliknya cuba mengusahakan pembangunan yang sesuai di kawasan tersebut.

Antaranya seperti memulakan tananam pertanian, perikanan dan perladangan di situ yang mana kesemua industri itu mampu membawa pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Sebagai contoh, Kampung Pangkalangan yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dan berhampiran dengan pantai mempunyai potensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu di daerah itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran, ini kerana pembangunan kawasan itu nanti mampu menjana pendapatan penduduk setempat menerusi industri pelancongan.

“Kerajaan bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat, tetapi dalam masa sama memberikan khidmat nasihat untuk mendorong rakyat berusaha memajukan diri masing-masing agar mereka lebih berdikari,” katanya.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) berkata demikian berucap dalam majlis Merapat Kasih dan Sambutan Tahun Baru 2015 Kampung Pangkalangan, di sini semalam. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan