Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan jadikan Sabah pusat penyebaran berita palsu

5:53pm 21/03/2017 Leolerry Lajius 430 views Kota Kinabalu,Tempatan

Suwadi (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Musa Aman (kanan) yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Japen (kiri).

KOTA KINABALU – Masyarakat di negeri ini digesa agar tidak membudayakan perbuatan menyebar berita palsu di laman sosial kerana ia beri kesan negatif kepada masyarakat hari ini.

Pengarah, Jabatan Penerangan (Japen) negeri sabah, Tuan Haji Suwadi Haji Guliling berkata Japen amat mengambil berat terhadap perbuatan penyebaran berita palsu ini yang memberi kesan langsung kepada pembentukan jiwa patriotik kalangan masyarakat.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui portal sebenarnya.my yang dikawal selia oleh Suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia (MCMC) memberi penjelasan khusus terhadap berita palsu yang diviralkan di laman sosial agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang disebarkan.

Tambahnya, ketika ini pelbagai maklumat palsu di media sosial tersebar dan mampu menghakis semangat patriotik kalangan masyarakat terutama kalangan belia.

“Penyebaran maklumat palsu ini amat merbahaya kerana ia mampu membentuk sikap benci, salah anggapan dan tidak percaya kepada pemimpin.

“Justeru, Jabatan penerangan akan lebih fokus menggunakan lebih 60 peratus inisiatif penyampaian maklumat melalui medium saluran media terkini seperti facebook, twitter, Instagram dan pelbagai dalam usaha mengajak masyarakat berkongsi pandangan, idea dan cadangan agar maklumat tersebut dapat di sampaikan serta diterjemahkan oleh kepimpinan di negeri ini.

Suwadi berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat ke Pejabat YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, di kediaman rasmi pada petang tadi.

Jelasnya, Jabatan penerangan ketika ini turut mengerakkan medium penyebaran maklumat lebih sahih dan tepat di beberapa saluran media sosial seperti facebook Jabatan Penerangan Sabah, Twitter @JapenSabah dan Instagram @JabatanPeneranganSabah.

Turut hadir Timbalan Pengarah, Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat dan Pengurusan Kewangan (KPK), Sakka Nordin dan Barisan Pengurusan Media Baharu Japen./PENERANGAN-

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan