Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan jadikan kelemahan diri penghalang kejayaan- Felicia

2:55pm 02/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 201 views Tempatan
Felicia ketika ditemui pemberita semasa Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Sabah ke Temasya Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Felicia ketika ditemui pemberita semasa Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Sabah ke Temasya Sukan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

PUTATAN- Jangan jadikan kelemahan diri sebagai penghalang untuk membawa pulang lebih banyak pingat emas sekaligus mengharumkan nama negeri Sabah, kata Atlet Orang Kelainan Upaya (OKU), Felicia Mikat, 17.

Beliau menyeru kepada rakan sepasukan yang mewakili Sabah ke Kejohanan Paralimpiad Malaysia ke-18 Sarawak 2016 yang bermula pada 4 ogos ini agar tidak mudah berputus asa.

“Saya mahu rakan yang lain agar terus bersemangat dan jangan mudah outus asa selain membawa pulang lebih banyak pingat emas untuk negeri Sabah pada kejohanan kali ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis penyerahan Bendera Sabah kepada Kontinjen Sabah ke Kejohanan Paralimpiad Malaysia kali ke-18 Sarawak disini, hari ini.

Selain itu, katanya, beliau akan menyertai tiga acara iaitu 100 meter, 200 meter dan lompat jauh pada temasya kali ini.

“Ini adalah kejohanan kedua saya selepas menyertai kejohanan di Perlis pada 2014 dan memenangi dua pingat emas bagi acara 100 dan 200 meter,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan