Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan jadi ulat buku sahaja- Prof. Dr. Shahril Yusof

Dr. Shahril (ima dari kanan) mengambil gambar bersama pelajar Asasi sesi 2016/2017.-Gambar Oeh Aex Mairin
Dr. Shahril (ima dari kanan) mengambil gambar bersama pelajar Asasi sesi 2016/2017.-Gambar Oeh Aex Mairin

KOTA KINABALU: ‘Jangan jadi ulat buku sahaja tetapi pelajar harus melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti atau sekurang-kurangnya mengamalkan aktiviti riadah.”

Demikian ungkapan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof, ketika berucap sempena majlis perasmian penutupan minggu suai mesra Asasi Sains sesi 2016/2017 di Dewan Kuliah Pusat 1 UMS, di sini, hari ini.

“Sebagai pelajar tidak semestinya perlu mejadi ulat buku sahaja untuk berjaya tetapi perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti atau sekurang-kurangnya beriadah,”katanya.

Menurut beliau lagi, sebagai pelajar sikap saling hormat menghormati terutama sekali menghormati para pensyarah atau guru merupakan sifat yang seharusnya diamalkan.

Tambah beliau, dalam pembelajaran, pelajar juga seharusnya memahami apa yang dipelajari dan bukan setakat menghafal tetapi tidak memahami subjek berkenaan.

“Jangan setakat menghafal tetapi tidak faham dalam subjek yang kamu pelajari tetapi beranikanlah diri untuk  bertanya sekiranya tidak faham.”

“Bagi pelajar yang mudah faham, mereka seharusnya membantu pelajar lain agar dalam masa yang sama dapat melatih diri untuk lebih memahami apa yang dipelajari,”katanya.

Seramai 350 orang pelajar baru yang telah terlibat dalam program berkenaan yang dilaksanakan sejak 22 mei yang lalu dan setakat ini seramai 744 orang pelajar Asasi telah melanjutkan pelajaran dalam program pra siswazah di seluruh negara.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan