Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan jadi ahli talam dua muka

KOTA KINABALU: Ahli Barisan Nasional Sepanggar khususnya Parti Umno dinasihatkan agar tidak mengamalkan sifat talam dua muka yang bukan sahaja menjadi parasit kepada parti malah mengundang kekeliruan kepada rakyat.
Ketua Penerangan Umno Sepanggar, Datuk Saidon Kadis berkata, setiap ahli khususnya dalam kalangan pemimpin merupakan teladan kepada ahli-ahli lain yang seharusnya sentiasa memberi suntikan semangat kepada perjuangan parti dalam membela rakyat.
“Perkara asas ini sepatutnya menjadi tunjang dalam dalam perjuangan masing-masing, kerana jika berjuang untuk kepentingan peribadi, perjuangan yang dilakukan bukan berdasarkan kepada kesetiaan tetapi demi nama dan kepentingan diri sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan perletakan jawatan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sepanggar, Azhar Matussin serta enam AJK yang lain yang berkuatkuasa serta merta pada Ahad.
Menurut Saidon, kematangan dalam berpolitik perlu sentiasa dipraktikkan tanpa dipengaruhi oleh emosi dan anasir-anasir luar sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah parti.
“Saya melihat segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas AJK Bahagian ini lebih bersifat andaian peribadi semata-mata dengan niat cubaan menghasut rakyat Sepanggar untuk berubah angin.
“Ini yang saya maksudkan seperti talam dua muka, sanggup menggadaikan diri kepada pihak lawan demi kepentingan peribadi,” jelasnya sambil menggambarkan dakwaan tersebut lebih berbentuk auta berbanding fakta.
Dalam kenyataannya Azhar menyatakan beliau hilang percaya kepada pucuk pimpinan Umno Sepanggar kerana mengarahkan semua cawangan termasuk Pergerakan Wanita dan Putri supaya tidak menghadiri program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar yang kerusinya sebelum ini disandang Datuk Jumat Idris yang telah digantung keahlian dari Umno.
Namun, kesahihan dakwaan itu dilihat tidak berasas dan meragukan kerana beliau gagal memberikan sebarang bukti dan fakta./SayangSabah
Ketua Penerangan Umno Sepanggar, Datuk Saidon Kadis.

Komen


Berita Berkaitan