Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan harap subsidi kerajaan

Nasir Sakaran (barisan depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kampung Malanta.
Nasir Sakaran (barisan depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk Kampung Malanta.

SEMPORNA – Rakyat diingatkan tidak berputus asas, sebaliknya perlu terus membangunkan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman pertanian bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, kehidupan kini semakin mencabar dan memerlukan kerja keras rakyat untuk bersaing dan memajukan diri tanpa banyak bergantung kepada subsidi kerajaan.

Nasir menjelaskan, pelbagai usaha boleh dijalankan oleh rakyat terutama di kawasan luar bandar bagi membangunkan tanah milik mereka dengan menceburi industri pelancongan, perladangan dan perumahan.

“Kerajaan sentiasa prihatin membantu rakyat dengan membawa pembangunan yang diperlukan khususnya kemudahan asas,” katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat di Kampung Malanta Tutup, Kampung Tarapuli dan Pegagau Baru, di sini hari ini.

Nasir berkata, rakyat juga harus lebih kreatif memanfaatkan tanah yang mereka miliki dan mengenalpasti usaha yang sesuai dengan lokasi tanah untuk dibangunkan seperti industri pelancongan dan perladangan mahupun pembangunan perumahan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan