Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Sedang Cas

2:15pm 21/04/2016 Pak Roshan 674 views Aktiviti,Mutakhir

guna-telefon-pintar

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) meminta orang ramai supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicas.

ST dalam satu kenyataan media berkata, perbuatan itu boleh mengundang bahaya jika berlaku kerosakan pada alat pencegas.

“Kerosakan pada alat pengecas boleh menyebabkan berlaku kebocoran arus elektrik,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu merujuk kes seorang suri rumah dilaporkan maut akibat renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.

ST dalam pada itu menasihati orang ramai supaya menggunakan alat pengecas yang tulen daripada pengeluar asal telefon bimbit mereka.

Menurut ST, alat pengecas bukan tulen tidak dapat disahkan tahap keselamatan penggunaannya.

Justeru, ST turut meminta pengilang, pengimport, pembekal dan penjual telefon bimbit hanya memasarkan alat pengecan tulen atau yang memiliki label SIRIM-ST.

Media baru-baru ini melaporkan isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Cheras.

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerisma rawatan di hospital susulan insiden berkenaan. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan