Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Guna Pakaian Ala Tentera Di ESSZone

1:17pm 20/02/2016 Pak Roshan 1672 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

tanduo

TAWAU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengingatkan masyarakat di pantai timur Sabah supaya tidak memakai pakaian bercorak ala tentera bagi mengelak kekeliruan sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata tindakan memakai pakaian celorong-celoreng perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai tanggapan tidak baik masyarakat berhubung keadaan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Masyarakat perlu menyedari bahawa terdapat undang-undang yang melarang penggunaan pakaian bercorak ala tentera dalam sebarang bentuk malah anggota tentera pun mempunyai etika tertentu ketika mengenakan pakaian tersebut.

“Kita mahu masyarakat sedar mengenai perkara ini….kita mahu mengelak kejadian pencerobohan pengganas Sulu yang mana pengganas itu juga menggunakan pakaian corak tentera ketika menceroboh Tanduo, Lahad Datu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Media Tawau, di sini malam tadi.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Abdul Bari berkata, pengamal media berperanan besar membantu ESSCom menyedarkan masyarakat berkaitan peranan yang perlu dimainkan ke arah memastikan keadaan keselamatan di ESSZone terus terkawal.

“Oleh itu, pengamal media perlu sentiasa memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan menurut sumber yang sahih serta tidak menulis laporan yang berunsur sentimen (sehingga boleh) mengganggu gugat negara atau isu-isu yang bersifat spekulasi semata-mata.

“Media menjadi perantara paling cepat membantu ESSCom menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat bagi menjadi ‘mata dan telinga’ memberi maklumat serta bersama-sama pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keharmonian,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan