Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Guna Kemudahan Asas Untuk Golongan OKU

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan kemudahan asas yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada OKU seperti tempat letak kereta adalah bagi memudahkan mereka meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan.

“Tindakan menghalang OKU menggunakan kemudahan disediakan untuk mereka adalah tidak wajar, apatah jika ada yang menyalahgunakannya untuk kegunaan individu tertentu.

“Pihak yang ditugaskan menjaga kawasan tempat letak kereta juga perlu peka terhadap kawasan yang dikhususkan untuk golongan OKU meletakkan kenderaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Pemantapan Dakwah Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di sini, hari ini.

Program sehari yang dirasmikan oleh Yang Dipertua USIA Tun Sakaran Dandai itu disertai 250 peserta dari sekitar Kota Kinabalu.

Azizah yang juga Ketua Wanita USIA berkata wanita USIA akan memperluaskan usaha dakwah ke kawasan pantai timur Sabah termasuk di Semporna.

Terdahulu, Tun Sakaran dalam ucapannya berkata objektif forum itu diadakan antara lain untuk mewujudkan suasana interaksi antara pendakwah di negeri ini, meningkatkan pengetahuan serta berkongsi pengalaman berdakwah para pendakwah.

Katanya inisiatif seumpama itu juga akan dapat mendedahkan para peserta mengenai teori pendekatan dakwah yang terbaik dan unggul kepada masyarakat bukan Islam dan keupayaan menangani isu-isu semasa.

Pada forum itu, ahli panel yang dijemput ialah Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar dan pendakwah daripada Madrasah At Tazkiah cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur Alhabib Najmuddin Othman Al-Khered. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan