Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Jangan gila perang’

bambang

Jakarta: Susilo Bambang Yudhoyono semalam berpesan supaya Joko Widodo (Jokowi) menjaga kedaulatan Indonesia.

 

Pesanan itu disampai Susilo ketika dia dan Jokowi menghadiri majlis Hari Veteran Nasional di Jakarta.

 

“Kita tidak menunggu keputusan Mahkamah Perlembagaan, tetapi jika Jokowi ditakdirkan menjadi pemimpin Indonesia, harapan semua ialah kedaulatan wilayah dijaga.

 

“Tidak boleh sesiapa pun, dari negara mana pun mengganggu kedaulatan wilayah kita,” katanya.

 

Susilo berkata, kedaulatan wilayah perlu dijaga dengan apa cara sekali pun.

Jika tiada jalan lain yang tersedia, kata Susilo, Indonesia harus bersedia berperang demi mempertahankan maruah itu.
Namun, Susilo juga berpesan agar pemimpin Indonesia selepas ini tidak pula ‘gila perang’ atau mudah memutuskan untuk berperang.
“Keputusan untuk perang memiliki risiko mengorbankan jiwa tentera dan orang awam.

“Perang adalah jalan terakhir selepas tiada pilihan politik dan diplomasi,” katanya.

Jokowi dan Jusuf Kalla adalah gandingan yang memenangi pemilihan presiden pada 9 Julai lalu, namun pencabar mereka, Prabowo Subianto – Hatta Rajasa mencabar kesahihan keputusan itu di Mahkamah Perlembagaan.

 

Jika hakim menolak permohonan Prabowo – Hatta pada 21 Ogos ini, Jokowi akan mengangkat sumpah jawatan Oktober ini. -Agensi

Komen


Berita Berkaitan