Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan ganggu suami aku!

DUA wanita berkenaan cuba menggunting rambut mangsa.
DUA wanita berkenaan cuba menggunting rambut mangsa.

Beijing: Satu lagi kejadian isteri menyerang wanita yang didakwa perempuan simpanan suami mereka berlaku di China, kali ini di tempat terbuka di jalan raya Zhengzhou di wilayah Henan, timur laut China.

Rakaman video yang dimuat naik ke laman sosial China menunjukkan dua wanita menyerang wanita ketiga dengan cuba menanggalkan pakaian. Mereka juga bertindak menggunting rambut mangsa.

Penyerang yang kelihatan berusia 20-an dan seorang lagi 40-an, kedengaran memaki hamun wanita ketiga itu dan menuduhnya cuba memikat suami seorang daripada mereka, menurut laporan Huanqiu.com.

Orang ramai yang berada di kawasan kejadian hanya memerhatikan pergaduhan itu dengan kebanyakan mereka merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Seorang penduduk tempatan berkata, kejadian itu menarik perhatian pengguna jalan raya, malangnya tidak ada siapa yang bersedia untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

Seorang pengguna laman sosial Weibo mempersoalkan tindakan dua wanita itu dengan berkata: “Mereka sepatutnya menyerang suami mereka yang curang.”

Bulan lalu, terdapat dua kejadian serupa di dua tempat berasingan. Satu yang menjadi viral menunjukkan seorang isteri dan ibunya bersama-sama membelasah seorang wanita muda. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan