Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan campur adukkan agama dan politik- Zulkarnain

8:28pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 101 views Berita Pilihan,Nasional,Tempatan
Zulkarnain bersama wakil NGO pro BN yang lain sambil menunjukkan laporan polis.

Zulkarnain bersama wakil NGO pro BN yang lain sambil menunjukkan laporan polis.

KOTA KINABALU- Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro BN, Zulkarnain Mahdar tampil membuat satu laporan polis terhadap Timbalan pengerusi DAP Johor Bahru, S. Ramakrishnan Suppiah atas tindakan beliau memuatnaik gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Masjidil Haram dengan kapsyen yang berbaur rasis di laman sosial Facebook miliknya, baru- baru ini.

Zulkarnain berkata perbuatan S. Ramakrishnan itu merupakan satu tindakan yang melampau dan keterlaluan dan tidak mementingkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“Gambar itu bukan sekadar ditujukan kepada PM tetapi ia juga ditujukan kepada seluruh umat islam. Sekarang ini, gambar ini viral di Facebook dan Whatsapp.

Katanya, tindakan biadap pemimpin DAP itu menimbulkan kemarahan semua umat Islam d negara ini.

“Perbuatan tersebut seolah- olah menuduh bahawa Masjidil Haram ini merupakan tempat untuk penghapusan dosa dan setelah datang sini, kita boleh pula melakukan dosa akan datang.

“Masjidil Haram ini satu tempat yang suci dimana ini tempat yang bukan boleh dimainkan. Tempat ini adalah satu tempat untuk kita mengabdikan diri kepada tuhan.

“Setiap agama mempunyai kaedah masing- masing untuk mengabdikan diri kepada tuhan, dan sepatutnya S. Ramakrishnan perlu sensitif,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa membuat laporan polis terhadap S. Ramakrishnan di Balai Polis Karamunsing, disini, hari ini.

Selain itu, tegas beliau, S. Ramakrishnan tidak boleh mencampur adukkan soal agama dan politik.

“Urusan dosa ini adalah urusan dengan tuhan. Kita mempunyai kefahaman agama masing- masing dan saya fikir tidak seharusnya kita mencampur- adukkan politik dan agama,” ujarnya.

Beliau berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi perkara ini.

Ini akan menimbulkan satu persepsi yang tidak baik di kalangan mereka yang bukan beragama islam, seolah-olah apabila kita ke Masjidil Haram, dosa kita akan terhapus, katanya.

Terdahulu, S. Ramakrishnan memuatnaik gambar PM dan isteri memakai ihram dan duduk di Masjidil Haram ketika melakukan umrah dan disertakan kapsyen “All sins cleared”. Selain itu, di dalam gambar tersebut ditulis “Now we can steal again”.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

image

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan