Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JANGAN BUAT SPEKULASI INSIDEN CULIK

6:30pm 10/05/2014 Pak Roshan 30 views Isu Semasa,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Photo owned by TheBorneoInsider.com

Kota Kinabalu: Orang ramai adalah digesa untuk tidak membuat andaian negatif atau tuduhan kepada mana-mana pihak ekoran insiden culik yang berlaku di negeri ini. Pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas memantau dan menyiasat insiden tersebut sedang dan telah menjalankan mandat tersebut demi keselamatan negara.

Kejadian culik tersebut menyebabkan segelintir pihak menuding jari dan menyalahkan kepimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Musa Hj Aman yang juga merupakan pengerusi Majlis Keselamatan Negeri.

Tuduhan tersebut adalah tidak wajar kerana sebagai Ketua Menteri, beliau bertindak sebagai koordinator untuk menggerakkan agensi dan jabatan2 kerajaan negeri.

Tugasan ketenteraan dan kepolisian adalah dibawah kuasa penuh Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengeluarkan arahan.

Justeru, menyalahkan Ketua Menteri Sabah sehingga menyarankan beliau meletakkan jawatan adalah amat tidak wajar.

Sikap seumpama ini dilakukan oleh segelintir pihak demi kepentingan peribadi dan politik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai khasnya rakyat Sabah haruslah berfikiran terbuka dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan negeri dan negara terjaga dan terjamin.

http://www.SayangSabah.com
http://www.facebook.com/SayangiSabah
http://www.twitter.com/SayangiSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan