Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Buat Penyambungan Elektrik Haram – Tawfiq

sambungan-SESB-haram

TAWAU : Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pendawaian elektrik secara haram terutama di premis yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata penyambung elektrik haram bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengakibatkan kemalangan, kematian, kebakaran dan kerosakan harta benda.

“Selain itu, saya juga mohon kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan pastikan suis elektrik benar-benar dimatikan setelah selesai menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada enam mangsa kebakaran di Kampung Titingan, Jumaat.

Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas, juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta mengawasi kanak-kanak bagi mengelak kebakaran, lebih-lebih lagi pada musim kemarau.

Dalam kejadian kebakaran malam semalam di Kampung Titingan itu, sembilan pintu gerai menjual buah, beras dan lain-lain barangan musnah.

Terdahulu, Tawfiq merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau ke-49 di Padang Stadium di sini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan