Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan biarkan pihak luar gugat keamanan Sabah

FW9A6267
Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengulangi ketegasan tidak akan membiarkan mana-mana pihak atau individu yang cuba mengugat keharmonian beragama dan perpaduan kaum di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, oleh yang demikian semua pihak perlu berusaha untuk memastikan nikmat dikecapi hari ini dapat terus dilaksanakan oleh generasi akan datang.

“Saya yakin kepelbagaian budaya dan latarbelakang merupakan bukti bahawa meskipun terdapat perbezaan kepercayaan hidup tetapi rakyat negeri ini masih boleh hidup aman damai bersama sejak sekian lama.

“Dan, keunikan ini membolehkan kita menyambut pelbagai jenis perayaan bersama-sama. Tidak lama lagi sambutan Tahun Baharu Cina. Sudah pasti, rakyat dari pelbagai kaum di negara ini juga berkesempatan menikmati kemeriahan perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2015 anjuran Persatuan Masyarakat China Bersekutu di Dewan Serbaguna, Likas, di sini hari ini.

Mengenai penganjuran pesta berkenaan, Musa menjelaskan ia merupakan platform penting kepada generasi muda daripada pelbagai komuniti di negeri ini untuk belajar saling hormat-menghormati budaya masing-masing.

Dalam konteks ini, katanya, penglibatan golongan muda dalam program itu sudah tentu dapat menghindarkan mereka daripada aktiviti tidak sihat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan