Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Biarkan Diri Dikuasai Aplikasi ICT – Salleh

6:49pm 13/08/2016 Pak Roshan 178 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Salleh

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat agar tidak membiarkan diri mereka dikuasai sesetengh aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebaliknya, mereka perlu menguasai aplikasi berkenaan.

Salleh berkata terdapat aplikasi ICT tertentu yang amat baik dan bermanfaat kepada rakyat kerana ia membantu dalam aspek pembangunan sosioekonomi sekiranya masyarakat menguasai dan menggunakanya dengan sebaik mungkin.

Namun, katanya kemudahan itu boleh bertukar menjadi tidak baik apabila teknologi berkenaan mula menguasai individu atau masyarakat.

“Kita perlu hati-hati. Kemudahan seperti ini kita perlu kuasai. Jangan pula dia kuasai kita. Kalau kemudahan ini menguasai kita, di situlah timbul banyak masalah.

“Kadang-kadang kita percaya segala-galanya. Ada yang menggunakan aplikasi ini untuk menanamkan fitnah dan tohmahan. Kita tanpa usul periksa, terima bulat-bulat. Akhirnya, kemudahan itu menguasai pemikiran kita dan bukan kita menguasai kemudahan itu,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Komuniti Pintar Kota Belud di sini hari ini.

Inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud berkenaan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Turut hadir, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan