Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan bersekongkol dengan penceroboh

Tawfiq menyampaikan peralatan menjahit kepada salah seorang penerima

Tawfiq menyampaikan peralatan menjahit kepada salah seorang penerima

TAWAU: Larangan dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua masuk ke Sabah perlu menjadi pengajaran kepada mana-mana rakyat negara ini agar tidak berniat bersekongkol dengan pihak penceroboh kedaulatan negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata larangan itu juga diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak yang tidak menghormati sensitiviti rakyat negeri ini.

“Tindakan berjumpa dengan puak yang mengaku sebagai Kesultanan Sulu yang pernah menceroboh Sabah tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Sabah dan tindakan itu juga dilihat lebih mementingkan pembebasan Anwar berbanding kedaulatan negara,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus 1 Azam di sini kelmarin sebagai mengulas usul khas meminta kedua-dua pemimpin berkenaan diharamkan masuk ke negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pada Khamis, seramai 47 Ahli DUN Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3) manakala yang lain tidak menolak usul berkenaan termasuk pemimpin PKR negeri ini sebaliknya memilih untuk berkecuali.

Usul itu dikemukakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang turut mengusulkan siasatan dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu.

Terdahulu, Nurul Izzah sebelum ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terutama dari Sabah selepas Jacel memuat naik empat keping gambar pada 9 November lalu dalam akaun Facebooknya yang memaparkan pertemuannya dengan anak sulung Dato Seri Anwar Ibrahim.

Jacel adalah anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan serangan di Lahad Datu, Sabah dua tahun lalu sehingga menyebabkan beberapa anggota pasukan keselamatan terkorban dan cedera termasuk serangan hendap di perkampungan air Kg. Simunul.

Sementara itu mengulas mengenai majlis berkenaan, Tawfiq berkata kursus 1 AZAM berkenaan memberi peluang kepada golongan belia di negeri ini untuk menambah pendapatan sekaligua mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan tegar.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan