Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan beli DVD haram

DSP.
DSP. Douglas Nyeging Taong

KENINGAU : Orang ramai di daerah ini diingatkan agar tidak membeli DVD tanpa sijil perakuan B (haram) yang dijual warga asing di sekitar daerah ini bagi membenteras kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, jika orang ramai membeli DVD haram ia mendorong kepada mereka untuk melakukan kegiatan itu.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada warga asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) untuk terus tinggal di daerah ini kerana mereka merasa selesa mendapat kewangan dengan begitu mudah” katanya kepada media ketika diminta mengulas kegiatan warga asing yang menjual DVD tanpa sijil perakuan B yang semakin berleluasa di kawasan ini.

Douglas memberitahu,  pihak polis telah membuat tindakan merampas DVD haram yang dipercayai dijual oleh wara asing bukan sahaja di sekitar daerah Keningau tetapi turut membabitkan Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Sook.

“Usaha ini tidak akan berjaya jika penduduk di kawasan ini terus membeli DVD haram yang warga asing jual kerana semakin banyak permintaan selagi itulah mereka melakukan kegiatan itu” tegasnya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan