Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Banding Kes Doping Sazali Dan Chong Wei – MSN

6:29pm 23/12/2015 Pak Roshan 362 views Mutakhir,Sukan

sazali

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menafikan pihaknya serta Kementerian Belia dan Sukan tidak memberi pembelaan sewajarnya kepada ikon bina badan, Sazali Samad.

“Kenapa perlu untuk membandingkan kes doping dia (Sazali) dengan Chong Wei?” soalnya sambil menegaskan perkara sama akan dilakukan jika situasi Sazali sama seperti yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei.

“Mungkin ramai yang tidak faham kerana kes Sazali dan Chong Wei adalah dua perkara yang berbeza.

“Dalam kes Sazali, dia dan persatuannya sendiri (Persekutuan Bina Badan Malaysia) tidak membantah dengan keputusan itu.

“Ini bermakna dia mengaku telah melakukan penipuan tersebut dan perbuatan ini adalah satu penipuan besar dalam sukan.

“Kami boleh memberikan sokongan penuh kepadanya tetapi dalam kes ini, Sazali sendiri menerima keputusan itu tanpa membantah.

“Ia berlainan dengan kes Chong Wei yang sejak dari awal lagi pemain badminton negara itu mempertahankan dirinya termasuk mengaku tidak bersalah.

“Jadi jangan dakwa kami konon sengaja mengamalkan sikap perbezaan dua darjat,” tegas Ahmad Shapawi lagi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan dua badan utama sukan tanah air itu konon mengamalkan dasar ‘pilih kasih’ berhubung isu Sazali digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia.

Ia susulan selepas Sazali didapati gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia pada 1 September lalu.

Hukuman tersebut berkuat kuasa bermula sejak tarikh keputusan ujian doping berkenaan diperoleh pada 22 September lalu.

Selain digantung selama empat tahun, elaun yang dinikmati Mr. Universe dan Mr. Asia berusia 48 tahun itu sebanyak RM3,500 sebulan daripada MSN juga ditarik balik.

Bagaimanapun, gelaran 10 kali Mr. Universe yang diraih Sazali kekal kerana kesalahan yang dilakukan adalah di luar pertandingan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan