Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan anggap KFR terpencil- Musa

KFR

TAWAU: Jenayah Merentas Sempadan seperti kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) tidak harus dianggap sebagai insiden terpencil, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Beliau berkata sebaliknya jenayah itu perlu dianggap sebagai fenomena global yang perlu ditangani semua negara berikutan ikatan dan hubungan penjenayah dengan rangkaian bebas yang sentiasa mencari sasaran untuk membiayai aktiviti militan dan keganasan.

“Ini adalah ancaman kepada semua negara bertamadun dan kami di Sabah menghargai kebimbangan rakan Amerika Syarikat dalam aspek ini,’ katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam meraihkan pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat Lt- Jen Terry Robbling dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Musa juga berkata lawatan Hishammudin ke Sabah akan memberikan jaminan yang kukuh kepada Kerajaan Persekutuan mengenai keselamatan negeri ini terutamanya di Pantai Timur Sabah.

Komen


Berita Berkaitan