Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan anggap kerja dalam sektor pertanian itu jijik-Musa

10:59pm 15/02/2016 Leolerry Lajius 111 views Tempatan
Musa (kiri) ketika melawat booth syarikat yang terlibat dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (kiri) ketika melawat booth syarikat yang terlibat dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Jangan anggap kerja dalam sektor pertanian itu adalah kotor atau jijik tetapi pandanglah ia sebagai satu peluang pekerjaan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika menyampaikan ucapan  sempena Temu Duga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi.

Beliau turut menyeru kepada golongan muda agar tidak terlalu memlih kerja kerana tanah merupakan salah satu aset penting yang boleh diusahakan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.

“Walaupun bergelar graduan tetapi golongan graduan ini tetap boleh mengusahakan tanah sebagai pekerjaan dan mengorak langkah ke arah bergelar usahawan tani,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pihak swasta dalam program tersebut mampu mengenal pasti calon yang berpotensi kerana sektor ini turut memainkan peranan yang penting bagi memastikan negeri ini mempunyai kepakaran yang sesuai dengan keperluan industri dan kehendak semasa.

Dalam pada itu, Musa juga turut menyatakan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa membantu dari segi menarik lebih ramai pelabur dalam pelbagai bidang untuk melabur di negeri ini.

“Peningkatan pelaburan bukan sahaja akan memberi impak terhadap ekonomi negeri, bahkan turut membuka pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk rakyat negeri ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan