Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JANGAN ANAK TIRIKAN SUARA ANAK MUDA, BUKA PELUANG PEKERJAAN

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman (dua kanan) pada pelancaran Sabah Job and Entrepreneur Fair 2018 di Suria Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Suara generasi muda Sabah seharusnya tidak dianaktirikan dalam memberi peluang kepada mereka turut serta dalam pembangunan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, kerajaan masa kini perlu mengambil berat suara anak muda tersebut yang tidak didengari ketika pimpinan kerajaan lepas dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada belia.

“Ini kerana, anak-anak muda ini mempunyai peranan yang mana suara mereka telah mencorak lanskap politik negara.

“Sebagai pimpinan baru kerajaan, kalau dulu peluang yang kecil diberikan kepada anak-anak Sabah, kenapa tidak di Malaysia baharu ini, mereka diberi peluang yang sama sebagaimana belia Semenanjung perolehi.

“Apa saja peluang yang ada dalam negara dan boleh dibawa ke Sabah, saya akan sedaya upaya memainkan peranan saya agar belia di sini boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan belia seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Sabah Job and Entreprenuer Fair 2018 di pusat membeli belah Suria Sabah hari ini.

Azis berkata, penganjuran Sabah Job and Entreprenuer Fair 2018 adalah julung kali diadakan oleh Wira dan Wirawati Sabah dgn kerjasama agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan negeri disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di Sabah.

“Seperti juga usaha Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuka lebih banyak peluang pekerjaan di sini.

“Oleh sebab itu, mengambil inspirasi dari Ketua Menteri, Wira dan Wirawati Warisan mengambil inisiatif ini menjemput syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negeri untuk bersama-sama kita agar ruang dan peluang secukupnya diberikan kepada anak-anak Sabah seterusnya dapat mengisi kekosongan jawatan dalam syarikat-syarikat ini,” jelasnya.

Sementera itu, beliau menyasarkan kira-kira 20,000 pengunjung menghadiri program berkenaan yang akan diadakan selama dua hari bermula 24 November bertempat di Kompleks Sukan Likas.

Tambahnya, dalam Sabah Job and Entreprenuer Fair 2018 turut menyediakan kira-kira lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan termasuk peluang membina keyakinan belia untuk menjadi usahawan.

“Gerai-gerai keusahawanan juga akan menyertai program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak muda Sabah yang berminat dengan bidang ini agar mereka berani berkecimpung dalam dunia usahawan,” tambahnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan