Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan ambil risiko kecurian kenderaan

Douglas agihkan risalah kepada salah seorang masyarakat di Tambunan. - foto Kalawon Sawing
Douglas (tengah) mengagihkan risalah kepada salah seorang masyarakat di Tambunan. – foto Kalawon Sawing

TAMBUNAN – Masyarakat di daerah ini dinasihat agar meningkatkan aspek keselamatan kenderaan mereka termasuk dengan memasang kunci tambahan pada motosikal atau kereta masing-masing.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, ini merupakan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh pemilik kenderaan daripada dicuri memandangkan kes kecurian kenderaan semakin berleluasa di merata tempat.

“Justeru, langkah-langkah keselamatan kenderaan perlu diambil perhatian oleh orang ramai terutama pemilik kenderaan kerana kejadian kes curi boleh berlaku di mana-mana,” katanya kepada pemberita selepaas program High Profil Polis di sini hari ini.

Beliau berkata, kecuaian pemilik kenderaan dengan meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang berisiko berlaku kecurian seperti di tempat yang sunyi dan gelap pada waktu malam di samping tiada kunci tambahan memberi ruang kepada penjenayah mencuri kenderaan.

Mengenai dengan program itu Douglas berkata, ia  akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha polis menyelami permasalahan dan dalam masa mendekati masyarakat agar mudah menyalurkan maklumat berkaitan kes jenayah di tempat mereka. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan