Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan ambil risiko guna pengamal tradisional tidak sah

Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba untuk merasmikan program Kembara Kasih 10 ribu langkah anjuran Panel Penasihat Kesihatan Kinarut  dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba untuk merasmikan program Kembara Kasih 10 ribu langkah anjuran Panel Penasihat Kesihatan Kinarut dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS.

KINARUT – Penglibatan pelbagai kategori dan komposisi masyarakat sebagai anggota panel penasihat klinik kesihatan menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai peranan penting bagi membantu kakitangan kesihatan melaksanakan perkhidmatan dan program kesihatan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peredaran masa juga menunjukkan terdapat perubahan kepada aktiviti yang dijalankan oleh panel penasihat klinik kesihatan.

“Hari ini, panel penasihat lebih berpengetahuan, bijak dan berkeyakinan untuk menjalankan aktiviti yang menyokong kepada pelbagai pelaksanaan program kesihatan, misalnya membentuk pasukan membanteras kes demam denggi atau menjadi penggerak dan pemantau di dalam aktiviti kawalan wabak,” katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kembara Kasih 10 ribu langkah anjuran Panel Penasihat Kesihatan Kinarut  dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS, di sini semalam.

 

Menurut Rosnah,  sebagai pemangkin masyarakat sihat, kehadiran panel penasihat itu diperlukan untuk menjadi saluran penghubung antara kakitangan di klinik kesihatan dan komuniti.

Katanya, Panel Penasihat Klinik Kesihatan diyakini mampu menjadi satu forum interaksi dua hala yang efektif antara masyarakat setempat dan Jabatan Kesihatan dalam meningkatkan penglibatan mereka dalam usaha mencapai matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’.

“Selain menyebarkan risalah kesihatan serta mengadakan program kesukanan yang melibatkan masyarakat setempat, panel kesihatan perlu aktif memberikan ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan dari masa ke masa” katanya.

Dalam pada itu,  Rosnah  menyeru kepada komuniti agar tidak mengambil langkah berisiko dengan mencuba ubat-ubatan tradisional yang berada di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan yang sah.

“Terdapat beberapa kes di luar bandar terutamanya, komuniti gemar berjumpa dengan bomoh, dukun dan mengambil ubat-ubatan tradisional sesuka hati apabila mereka jatuh sakit.

“Sepatutnya, mereka harus membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, bukannya mencari jalan penyelesaian sendiri, inilah gunanya klinik kesihatan bergerak dan panel penasihat yang disediakan oleh KKM sendiri, manfaatkanlah ia sepenuhnya,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan