Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JANGAN AMBIL REMEH KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK: YS ZON PEDALAMAN

Zulkhairi (tengah) bersama guru guru dan pelajar yang menyertai program tersebut. Gambar SNT/Ehsan Yayasan Sabah zon Pedalaman

BEAUFORT: Golongan ibu bapa tidak harus memandang ringan terhadap keperluan menyediakan pendidikan secukupnya untuk anak-anak mereka.

Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail  berkata, walaupun guru-guru mengambil alih tanggungjawab ibu bapa ketika anak-anak berada di sekolah, namun ibu bapa tetap memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan anak-anak.

“Ibu bapa adalah tunggak kepada kejayaan pelajar kerana semuanya bermula dari rumah, kena ambil tahu tentang pelajaran, prestasi dan pembentukan akhlak mereka manakala urusan pelajaran adalah tanggungjawab guru,” katanya ketika berucap merasmikan program Bengkel Teknik Menjawab UPSR di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar di sini hari ini.

Program anjuran bersama Yayasan Sabah dan Majlis Guru Besar Daerah Beaufort dihadiri lebih 200 pelajar dari daerah ini yang  bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini .

Mengenai program itu, Zulkhairi berkata, ia merupakan sebahagian tanggungjawab sosial Yayasan Sabah dalam memberikan anjakan paradigma kepada pelajar agar lebih memahami teknik sebenar menjawab kertas soalan dalam peperiksaan UPSR.

Tambah Zulkhairi , dalam menempuh minggu peperiksaan, pelajar bukan sahaja perlu fokus terhadap teknik menjawab soalan peperiksaan namun mereka juga dinasihatkan tidak mengabaikan kesiapsiagaan fizikal mental dan kesihatan.

“Program ini selain dapat memotivasikan anak-anak bagi menghadapi peperiksaan, ia sebenarnya mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan ibu bapa,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan