Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan ambil mudah aspek keselamatan

Samsudin Yahya menyampaikan bantuan zink dan kayu kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gas, Sandakan.
Samsudin Yahya menyampaikan bantuan zink dan kayu kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gas, Sandakan.

SANDAKAN – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung diminta agar tidak mengambil ringan aspek keselamatan di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, langkah itu sebagai usaha bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini ke atas masyarakat setempat seperti kebakaran.

“Kita berharap, pihak JKKK dan ketua kampung mengambil berat berhubung aspek keselamatan dan membantu mendidik penduduk kampung berkaitan aspek keselamatan di rumah,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan berupa kayu dan zink kepada keluarga mangsa kebakaran, di Kampung Gas, di sini hari ini.

Samsudin berkata, bantuan yang diberikan bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran di kampung tersebut baru-baru ini..

Dalam pada itu, katanya, apa pun masalah yang berlaku masyarakat perlu berterima kasih kepada anggota pasukan keselamatan yang sentiasa bekerjasama membantu satu sama lain khususnya dalam menangani bencana seperti kebakara. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan