Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Ambil Kesempatan Politik Kes Rasuah – SPRM

7:22pm 20/10/2016 Pak Roshan 647 views Isu Semasa,Mutakhir

azam-baki-sprm

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar pihak yang mengambil kesempatan daripada tindakan tegas agensi itu menangani gejala rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk kepentingan politik mereka.

Timbalan Ketua Peseruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan tidak melibatkan mana-mana ahli politik.

“Setakat ini ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri atau Kerajaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini atau mengambil kesempatan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM bagi kepentingan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan SPRM menahan seramai 19 Ketua Bahagian dan Daerah JANS semalam bagi membantu siasatan penyelewengan dana infrastruktur jabatan tersebut semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 29 dan 59 itu ditahan dalam operasi fasa kedua yang dilancarkan susulan operasi pertama pada 4 Oktober lalu.

Operasi berkenaan dilancarkan berikutan penemuan maklumat tambahan dan bukti yang diperolehi hasil keterangan mereka yang diambil sebelum ini serta analisa dokumen-dokumen yang dirampas.

SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM4.2 juta daripada beberapa suspek. SPRM turut membekukan beberapa akaun bank yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta milik beberapa orang suspek tersebut. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan