Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan alibabakan lesen

Hamisa Samat (dua dari kanan) menerima cendera kenangan daripada penganjur.
Hamisa Samat (dua dari kanan) menerima cendera kenangan daripada penganjur.

KOTA KINABALU – Kontraktor binaan tidak wajar meminjamkan lesen mereka kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu projek bagi mengelak mereka disenarai hitam oleh kerajaan gara-gara kegagalam peminjam terbabit menyiapkan projek mengikut piawaian.

Sebaliknya, kontraktor binaan di negeri ini diminta memanfaatkan lesen kontraktor yang diperolehi sepenuhnya bagi melaksanakan sesuatu projek yang mereka sendiri usahakan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, tindakan meminjamkan lesen kepada orang lain tidak harus dijadikan amalan kerana ia merupakan hak masing-masing.

“Jangan alibabakan lesen, sebagai kontraktor buat sendiri dan kadang-kadang ada juga orang menggunakan lesen itu tidak memenuhi piawaian yang diharapkan maka akibatnya kepada pemegang lesen itu sendiri,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian penutupan Kursus Kerja Perpaipan di Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamisa mahu kontraktor khususnya bumiputera meningkatkan prestasi  dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepenuhnya agar mampu bersaing dan setanding dengan kontraktor lain dalam arus perniagaan kini yang semakin sengit dan mencabar.

Sementara itu, para kontraktor yang ditemui yakin dapat mempersiapkan diri dalam melaksanakan sesuatu projek menerusi program tersebut. Seramai 68 kontraktor seluruh negeri hadir dalam kursus selama tiga hari tersebut. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan