Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan abaikan tugasan diberi pensyarah

Markfaisarrudin Mohd Alias (kanan) ibunya Maricel Tiongco (dua dari kiri) dan adiknya, Cyra Noriane (kiri) bergambar kenangan bersamaTuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Mahiruddin.

Kota Kinabalu: Sebagai pelajar, elakkan rasa tertekan ketika belajar kerana tekanan hanya akan menyebabkan minda sukar menerima ilmu.

Demikian petua dikongsi penerima Anugerah Pengarah Politeknik Disember 2016, Markfaisarrudin Mohd Alias, 24, untuk mengekalkan keputusan yang baik pada setiap semester.

Penerima biasiswa penuh Yayasan Kuok itu turut berpesan agar setiap pelajar bijak menggunakan 24 jam dalam sehari sebaiknya dan mengelakkan membuang masa di media sosial.

Anak pertama dari dua beradik itu, turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademi dan Kokurikulum dan kini berkerja sebagai Pegawai Jaminan dan Kawalan Kualiti (QAQC) di salah sebuah syarikat pembinaan swasta.

“Jangan abaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kerana dengan menyiapkan tugasan, kita akan dapat mengulang kaji kembali apa yang diajar selain dapat lebih memahami subjek berkaitan,” ujarnya yang ditemani oleh ibunya Maricel Tiongco, 42, dan adiknya, Cyra Noriane, 22.

Sementara itu, kekurangan diri tidak menjadi alasan kepada dia untuk menjadi pelajar terbaik bagi Program Sijil Kemahiran Khas (Hotel dan Katering) Sesi Disember 2017, Rose Mourus.

Kejayaan anak penoreh getah dan suri rumah itu dirai ibu, Polina Bungin, 42 dan bapanya, Mourus Lumboting, 48 dari Kampung Teboh Baru, Tamparuli.

“Saya membahagikan masa belajar dan aktiviti lain, walau bagaimanapun rakan-rakan banyak membantu saya.

“Dalam kelas, kami ada pensyarah dan jurubahasa isyarat manakala dalam kelas amali, pensyarah membuat demoastrasi dan kami akan ikut berdasarkan resepi yang diberikan,” ujarnya yang kini telah berkerja di salah sebuah hotel terkemuka.

Polina ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terharu kerana tidak menyangka anaknya dipilih sebagai pelajar terbaik program berkenaan.

“Saya mempunyai dua anak OKU pendengaran dan pernah terfikir mereka tidak boleh berjaya. Rupanya jangkaan saya meleset, mereka juga seperti orang biasa malah lebih menyerlah dan saya sentiasa berdoa semoga dia akan terus berjaya pada masa hadapan.

“Saya berharap ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk tidak merasa malu kerana ada hikmah disebaliknya,” katanya yang turut mempelajari bahasa isyarat agar komunikasi mereka di rumah./PENERANGAN-

Rose (tengah) bergambar bersama ibu bapanya, Polina Bungin (kiri) dan bapanya Mourus Lumboting (kanan).

Komen


Berita Berkaitan