Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan abaikan kepentingan negara dalam usaha tangani isu PATI

Musa Aman ( kanan ) menerima perlantikan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah, di sampaikan oleh Zahid Hamidi ( kiri )  di Wisma Innoprise, Likas.
Musa Aman ( kanan ) menerima perlantikan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah, di sampaikan oleh Zahid Hamidi ( kiri ) di Wisma Innoprise, Likas. – foto JKM

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengulangi pendirian yang mahu tindakan drastik diambil segera bagi membanteras isu dan masalah pendatang tanpa izin (PATI) selepas pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraaja (RCI) Berhubung PATI di Sabah pada Disember tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri melihat dua aspek utama perlu diletakkan sebagai keutamaan segera dalam mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

“Pertama, menghalang kemasukan PATI baharu ke dalam negeri melalui kawalan ketat dan berkesan di semua sempadan negara yang diuruskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kedua, menghantar dan mengusir keluar PATI sedia ada dalam negeri dengan memperkasa penguatkuasaan dan mempercepatkan proses penghantaran pulang termasuk mendapatkan kerjasama kerajaan negara asal PATI yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah, bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Innoprise, Likas.

Dalam mesyuarat itu juga, turut dibentangkan laporan semua bentuk operasi penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, Musa menegaskan kerajaan tidak mahu mana-mana pihak bertindak membelakangi kepentingan negara dalam usaha menangani PATI, sebaliknya beliau menggesa semua pihak memberikan kerjasama penuh terhadap usaha kerajaan itu.

“Tindakan yang saya maksudkan termasuk membawa masuk, mengambil kerja, membenarkan tinggal di premis dan melindungi PATI. Semua tindakan ini boleh dianggap satu sabotaj terhadap usaha penting yang kini telah diletakkan sebagai agenda nasional,” ujarnya.

Beliau berkata, agensi penguatkuasa telah diberi mandat untuk tidak berkompromi dan bertindak tegas terhadap majikan, pelindung dan sindiket yang didapati melakukan tindakan bertentangan dengan undang-undang dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Katanya, setakat bulan lalu sahaja, seramai 18 majikan telah diambil tindakan di atas kesalahan berkaitan dan daripada jumlah itu 12 orang dikompaun manakala enam orang lagi didakwa di mahkamah. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan