Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Janakuasa Hidro Ulu Padas atasi masalah banjir

Musa Aman (kanan) dan Yahya Hussin bersalaman sebelum bermulanya sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (kanan) dan Yahya Hussin bersalaman sebelum bermulanya sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah janakuasa hidro di Ulu Padas bernilai kira-kira RM1.6 billion untuk mengawal dan membendung kekerapan kejadian banjir di daerah Beaufrot setiap tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Aman berkata, dengan adanya janakuasa hidro itu akan membolehkan ia mengawal aliran air Sungai Padas sekaligus dapat menghalang atau sekuranya-kurangnya mengawal banjir daripada berlaku di Beaufort dan daerah sekitarnya.

“Kita akan bangunkan dan sekarang ini ia dalam peringkat perbincangan dan tender akan dibuka bagi melaksana projek tersebut secepat mungkin,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini hari ini.

Lajim bertanyakan mengenai apakah tindakan diambil kerajaan dalam mengatasi masalah banjir di Beaufort meskipun terdapat pelan induk untuk mengatasi kejadian banjir yang kerap berlaku di negeri ini khususnya di Beaufort.

Tambah Musa lagi, kerajaan negeri sememangnya mengambil berat terhadap masalah dihadapi penduduk di daerah berkenaan yang terpaksa berhadapan isu banjir sehingga ia digelar `Venice of Sabah’ kerana terdapat kedai yang mempunyai perahu di bawah tangga.

Sementara itu, menjawab soalan asal Lajim yang bertanyakan apakah kerajaan mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Sabah terutama di Beaufort, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran menyediakan 15 Pelan Induk saliran Bandar.

Yahya memberitahu, hasil kajian tersebut telah menggariskan langkah-langkah untuk mengatasi banjir dan mengenalpasti program untuk menangani banjir secara holistik dan memberi yang optimum.

Menurutnya, sebagai langkah jangka panjang dalam menangani masalah banjir di BEaufort, JPS telah menjalankan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Padas pada 2011 melalui juruperunding yang dilantik kerajaan.

Jelas beliau lagi, kajian tersebut merangkumi lima daerah iaitu Beaufort, Tenom, Tambunan, Keningau dan Sipitang.

“Hasil kajian itu telah mengesyorkan cadangan untuk tindakan teknikal yang harus diambil oleh kerajaan
secara berperingkat.

“Berdasarkan syor kajian yang telah disiapkan, JPS Sabah telah mengemukakan cadangan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas, Lembangan Sungai Padas yang merangkumi pelaksanaan projek tebatan banjir di Pekan Beaufort dan Pekan Tenom dengan kos projek berjumlah RM120 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan