Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jana pendapatan dengan idea kreatif

5:51pm 22/11/2015 Leolerry Lajius 45 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Usahawan tempatan digesa agar sentiasa berfikir di luar kotak  dalam menjana idea-idea pemasaran yang kreatif untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mereka.

 

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Inovasi Sosial Rukun Tetangga “Digital Mall” Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah di Mandarin Hotel pagi tadi.

 

“Persaingan antara perniagaan di Malaysia semakin sengit dengan kemajuan teknologi sebagai medium utama pemasaran produk, maka rakyat yang celik IT akan berada di dalam baris hadapan sebagai peneraju utama perniagaan berteraskan siber, ” katanya.

 

Tambah beliau, penganjuran kursus itu juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang sentiasa peka terhadap perubahan ekonomi semasa sebagai platform untuk membantu golongan usahawan.

 

Beliau juga berharap dengan penganjuran kursus tersebut para usahawan akan mendapat idea untuk menginovasikan cara perniagaan mereka sejajar dengan arus perubahan teknologi terkini.

 

Kursus itu yang melibatkan usahawan tempatan turut didedahkan dengan laman sesawang yang telah dibangunkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang berperanan dalam membantu menilai kualiti produk dan mengiklankan produk-produk tempatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Datuk Jainab bersama peserta yang mengikuti kursus.

Datuk Jainab bersama peserta yang mengikuti kursus.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan